SDGs merupakan teras agenda 2030 bagi pembangunan mampan yang
dipersetujui oleh Ketua-ketua Negara dan masyarakat antarabangsa pada 25
September 2015 di Persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). SDGs
merupakan kesinambungan agenda pembangunan yang diteruskan selepas berakhirnya Millennium Development Goals (MDGs) pada
2015.
MDGs mempunyai 8 matlamat dan 21 sasaran. Manakala SDGs
diperluaskan kepada 17 matlamat dan 169 sasaran dengan matlamat bagi meneruskan
agenda 2030 mulai 2016-2030 ke arah mencapai keseimbangan dalam tiga dimensi
pembangunan mampan iaitu merangkumi sosial, ekonomi dan alam sekitar. Fokus SDG adalah pencapaian pembangunan
yang merangkumi dimensi 5P iaitu People,
Planet, Prosperity, Peace dan Partnership
dan bertemakan “No One Leave Behind”.
17 Goals atau Matlamat Pembangunan Mampan adalah merangkumi matlamat:
·
tiada lagi kemiskinan dan kelaparan;
·
kesihatan dan kesejahteraan;
·
pendidikan berkualiti;
·
kesamarataan gender;
·
sumber air dan tenaga bersih;
·
pekerjaan dan pertumbuhan ekonomi;
·
kekentalan industri;
·
mengurangkan ketidaksamarataan;
·
bandar lestari;
·
kepenggunaan bertanggungjawab;
·
pengurangan karbon;
·
kehidupan di daratan dan lautan;
·
urus tadbir adil dan keamanan; dan
·
rakan kongsi mencapai matlamat kelestarian.
Di Malaysia, pendekatan
agenda pembangunan mampan telah sekian lama diadaptasikan dalam pelan pembangunan negara iaitu sejak
1970-an lagi dengan mementingkan program pembasmian kemiskinan,
meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat, menyediakan kemudahan pendidikan dan
memelihara alam sekitar.
Pada tahun 2009, negara memperbaharui komitmen terhadap
pelaksanaan pembangunan lestari apabila kita melancarkan Model Ekonomi Baru, di mana bercirikan
tiga matlamat utama iaitu achieving high
income, inclusivity and sustainability. Ini sangat bertepatan dengan
komponen utama SDGs iaitu economy, social
and environment.
Pada 2015, sekali lagi negara menyatakan komitmen yang berterusan
mengenai Pembangunan mampan dengan melancarkan Rancangan Malaysia Kesebelas
(RMKe-11), 2016-2020. RMKe-11 yang bertemakan ‘Pertumbuhan Berpaksikan
Rakyat’ memberi tumpuan kepada kemakmuran dan kesejahteraan rakyat.
Komitmen kerajaan
terhadap agenda pembangunan mampan ini dapat dilihat dengan jelas apabila
menerusi Kajian Separuh Penggal
Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) yang dibentangkan baru-baru ini turut dijajarkan
kepada 17 Matlamat SDG dengan teras, strategi dan inisiatif RMKe-11 bagi
menyokong Matlamat Pembangunan Mampan (SDG).
Dalam hal ini, Majlis SDG Negara telah ditubuhkan dan
dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri bagi memastikan pelaksanaan komitmen
SDG dilaksanakan secara menyeluruh. Kementerian Hal Ehwal Ekonomi merupakan Lead Agency SDG Malaysia dan sedang
membangunkan pelan hala tuju SDG fasa pertama untuk menyediakan panduan bagi
kelancaran pelaksanaan 17 SDG.
DOSM pula telah diberikan tanggungjawab penting sebagai
Focal Point dalam pembangunan indikator SDG. Sebagaimana sedia
maklum, ketersediaan indikator/statistik adalah perkara utama yang perlu diberi
prioriti dalam merealisasikan pembangunan negara yang berasaskan bukti
statistik bagi mengukur pencapaian.
Sehubungan itu, DOSM
sebagai Penjana Statistik Negara sentiasa mengorak langkah ke depan dengan menyediakan input dalam menyokong usaha
Kerajaan bagi membangunkan negara berasaskan bukti statistik dengan mengeluarkan
penerbitan
statistik yang merangkumi aspek sosial,
ekonomi dan alam sekitar. Malah statistik ini juga giat disebarkan kepada semua
masyarakat melalui penggunaan media massa dan sosial yang seiring dengan
perkembangan teknologi pada masa kini dengan tujuan bagi mendidik masyarakat ke
arah literasi statistik dalam kelangsungan kehidupan.
Selain itu, DOSM bukan sahaja berusaha meningkatkan dari
segi kuantiti dan kualiti penerbitan sahaja, malah ketersediaan statistik sehingga peringkat terkecil juga sedang
ditambah baik dari masa ke semasa. Ini selari dengan konsep yang ditekankan
dalam Agenda 2030, “No One Leave Behind”
iaitu penyediaan statistik juga perlu sehingga peringkat terkecil bagi
memastikan cakupan pembangunan yang inklusif semua rakyat. My Local Stats merupakan antara produk yang mengeluarkan statistik
peringkat daerah pentadbiran dan ini selari dengan konsep SDG.
Ucapan Dato'Sri Dr Mohd Uzir Mahidin di majlis pelancaran Sustainable Development Goals (SDG) Indicators, Malaysia 2018 pada 29 Oktober 2019
No comments:
Post a Comment